Thursday, 6 March 2014

Renungan

Sekadar ingatan untuk diri sendiri. Semoga dijauhi dari semua sifat2 ini...

Wednesday, 5 March 2014

Malang Tak Berbau

Malang sungguh nasib diri ini. Macam2 hal yang berlaku semenjak 2 menjak ni. Yang paling tidak dapat dilupakan peristiwa kena ragut. Walau pun hanya handphone yang kena tapi tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri ini...

Pada 21.02.2014 hari Jumaat, lebih kurang jam 6.30 petang aku telah diragut. Kejadian berlaku sekitar ofis aku. Memang tak sangka dan memang tekad peragut tu. Masa tu orang masih ramai dan bukan di tepi jalan tapi di dalam kawasan jalan kaki bangunan...

Masa berlaku aku berjalan nak balik ke rumah dari ofis. Sedang leka menelefon (selalu mmg x pakai sgt phone time berjalan sb mmg dh aware dan bimbang ngn kes ragut) tetiba je peragut tu ambil phone yang tengah ditekap di telinga dan terus blah. Terpegun seketika. Semua yang ada kat situ pn x sangka dan mereka sendiri tak sempat nak berbuat ape2...

Pelaku dengan beraninya melakukan jenayah seorang diri dengan menggunakan motosikal Yamaha 125. Selepas kejadian terus naik ke ofis balik dan block no dan tukar pswd beberapa akaun sosial. Memang sedih dan tak sangka. Menggigil gigil badan dan memang ambil masa utk cool down. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana hanya handphone yang diragut dan bukan handbag. Kalau handbag lagi panjang cerita...

Bila dah ok ajak sorang kawan teman ke Balai Polis Kelana Jaya untuk buat laporan. Rupa-rupanya memang kawasan ofis ni selalu berlaku kejadian ragut ni. Pihak polis berpesan supaya berhati-hati dan jangan bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.Hurm... Lepas tu ke Maxis utk hidupkan balik no. Memang menyusahkan orang peragut ni...


Dalam pada kena ragut kesannya mmg agak mendalam dan meninggalkan trauma dalam diri. Bukan x beringat tapi mungkin bukan rezeki. Kejadian ni makin buat aku muhasabah diri bahawa mcm mane pn kita syg dan jaga benda tu sekali Allah nak tarik mmg sekelip mata je. 

Tapi serius mmg byk betul dugaan 2 3 bulan ni. Aku hanya mampu bersabar dan sesekali tidak aku tunjukkan kepada orang terdekat aku. Sabar seboleh mungkin kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan mane tau Allah nak gantikan dengan rezeki yang lebih melimpah ruah...

Kepada semua kawan2 terutamanya wanita. Berhati-hatilah sentiasa. Jika terkena juga yakinlah bahawa itu semua dugaan untuk kita...

Thursday, 28 November 2013

MENYESAL DAH TAK BERGUNA

Wah tajuk entry tak boleh blah. Hahaha. Macam ape dah. Padahal nk cerita pasal keje je. Aku memang suka kerja aku sekarang. Memang kena la dengan jiwa aku walau pun boleh dikatakan agak tough gak la. Tapi memang seronok. Tambah-tambah kalau kita dapat selesaikan satu perkaran dengan jayanya. Lagi2 dok bahagian accounts and collection ni. Memang mencabar abes la. Dengan daily report la, monthly report la n macam-macam lagi. Memang best.

Tapi ada sedikit penyesalan di hati. Huhu. Bukan menyesal keje kat Kowamas ni tapi menyesal tak ikut cakap cikgu masa tingkatan 3 dulu (cikgu, saya mintak maaf). Dulu masa kelas Ekonomi Rumah Tangga ada la masuk pasal basic account. Cikgu dah nampak kita nyer kelebihan dan cikgu suruh sambung bahagian akaun bila tingkatan 4 sebab dia cakap aku memang boleh jauh dalam bidang akaun. 

Tapi masa tu tak nak. Nak gak masuk sains bila tingkatan 4 sebab memang minat. Tambah-tambah kawan-kawan baik semua memang masuk sains sebab ikut result kami memang layak masuk sains. Akaun ni ada minat tapi xde la mendalam sangat macam sains. So masuk la sains. Bila tamat tingkatan 5 memang dah tak nak dah sambung form 6 dalam bidang sains sebab susah giler. Huhu. Ambik la ekonomi. Masuk u pun memang bidang management la.

Bila dah keje ni masuk lak bidang akaun n terlibat ngn pengiraan secara langsung. Memang perasaan menyesal tu makin lama makin mendalam la kan. Tapi semua tu dah tak boleh diundurkan masa la. Kalau boleh undur masa memang akan serius ambil akaun. Huhu. Best akaun ni walau pun pening.

Tapi x guna nak menyesal kan sebab cikgu dah bagi cadangan tapi kita tak nak ikut. Jadi kena la terima hakikat. N rasanya belum terlambat kan nk belajar. Insyaallah rasa nak sambung belajar tu memang ada. Mana tau suatu hari nanti sambung dalam bidang akaun kan. Lagi pun sekarang ni semua benda tu tak mustahil. So belajar lah sedikit sedikit dari sekarang kan. Ada rezeki akan dapat la belajar balik. Caiyok caiyok...

Wednesday, 27 November 2013

AHMAD AMMAR AHMAD AZAM (SYAHID YG TERTANGGUH)

Rasa terpanggil pulak utk menulis pasal Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Baru je lepas borak2 ngn member pasal arwah. Bila teringat je pasal arwah dan baca kisah2 arwah memang laju je mata ni berair. Sebenarnya arwah memang tak dikenali semasa hayatnya namun setelah ketiadaannya, dia terus terkenal dan dikenali. Dan tanda ingatan yg ditinggalkan semuanya pasal kebaikan.

Ya Allah mana nak jumpa anak muda seperti arwah lagi. Umur baru 20 tahun tapi pemikiran dan segalanya memang melangkui orang yg berumur 50 tahun. Sangat bertuah ibu yang melahirkan arwah dan memang sangat membanggakan menjadi seorang ayah kepada seorang anak yg hebat. Tentu ibu dan ayahnya juga seorang yang hebat. 

Ketika remaja lain bersuka ria, merempit, bercinta sana sini, arwah senang mendalami ilmu, berjuang demi Islam dan bercita-cita untuk mati syahid. Kematiannya sgt dimuliakan. Rata-rata semua orang tau pasal kisah Ahmad Ammar ni. Ya Allah muliakanlah arwah dan tempatkan beliau di kalangan orang2 yang Engkau redhai. Semoga kita semua juga boleh menjadi seperti Ahmad Ammar. Walau pun bukan sebesar arwah, sekurang-kurangnya niat tu ada kan. Amin...

Tuesday, 26 November 2013

Peranan Media Sosial

sekadar contoh 
Zaman sekarang ni memang zaman it, zaman gadget, zaman media sosial dan zaman macam-macam lagi lah. Bila dah namanya media sosial memang dah jadi zaman tanpa batasan lah. Semua benda tersebar dengan cepat. Kadang2 benda tu tak pasti pn kesahihannya. Ntah betul ntah tidak. Bila terbukti tak betul pelaku atau orang yang sebarkan rileks je atau kalau agak kritikal mintak maaf je la, terus settle. Senang kan buat dulu pastu mintak maaf. Pastu orang lupakan, then buat lagi. Senang.

Zaman sekarang semua benda negatif yg dibuat nak update dekat media sosial. Terutamanya budak2 remaja. Sedih plak bila tgk macam2 aktiviti negatif yg dorang kongsikan. Kalau aktiviti yg mendatangkan faedah xpe la semua org blh ambil iktibar, ni tak semua negatif pastu siap mencabar jabatan agama lagi. Adui adik2 sekarang berani sangat la. Walhal semua benda tu tak elok dipertontonkan. Pastu bangga plak tu dok tayang n canang buat benda tak elok. 

Terbaru saya ada terlihat dalam fb yg seorang hamba Allah ni. Masih muda dan masih belajar dengan bangganya dok tayang gambar yg agak menjolok mata ngn bf (sah2 tak kawen lagi). Gambar tersebut undress plak. Senang kata lepas siap projek terus ambik gambar. Aduhai la. Org dah kawen pn x upload gambar macam tu. Bila ditegur marah2 org n cabar jabatan agama plak. Akal letak mana la ek. 

Belum lagi yg post pasal kenegerian. Kalau baca sakit hati jugak la. Tapi sabar je la. Dorang ni x pikir perasaan org kot. Kalau kita sakit hati baca org komen negatif pasal negeri kita tentu org lain pn sama kn. So baik la x payah nk komen negatif sangat sampai menghina bagai. Semua ni penangan media sosial. Bila dh masing2 sakit hati mula lah nk bergaduh bagai. Dorang ni x pk ke yg semua duduk dalam negara Malaysia dan kebanyakannya beragama Islam. Jadi semua org bersaudara la kn. So nk komen tu pk2 la.

Kadang2 bkn salah media sosial pn tp sikap dan mentaliti diri sendiri yg menentukan baik buruknya penggunaan media sosial ni. So tepuk dada tanya iman...

Friday, 22 November 2013

VILLA NABILLA

Ish aku lambat n ketinggalan kete api nk update pasal Villa Nabilla ni kan. Benda ni dah reda dah n aku baru tehegeh-hegeh nk post kan. Xpe la at least ade post pasal ni. Sebenarnya aku bukan nk komen sgt pasal Villa berhantu tu tapi nk komen pasal perangai teenagers nowadays. Cewah macam pakar motivasi dah.

Remaja sekarang ni segala-galanya la advance dan extreme. Semua benda nak dicubanya. Kadang2 benda x masuk akal pn nk dicuba. Tengok Highland Towers terus cari tempat keras nak terjah. Adik2 semua tu x berfaedah la. Baik adik dok rumah belajar ke tolong mak ayah ke atau buat benda berfaedah. Tak payah la nak buat benda x de faedah.

Lagi satu budak2 sekarang ni kalau dah bercinta mmg mak aiiii takut aku tgk. Bukan ape mmg advance la tahap percintaan dorang tu. Kalau zaman aku dulu nk bercinta pun takut2. Bercinta pun pakai surat je. Nak dating ajak kawan teman pastu dok jauh2. Takde nya macam budak2 sekarang ni. Bercinta mengalahkan orang dah kawen.Kadang2 mereka ni mcm x pikir yang mak ayah ni bimbangkan dorang, sayangkan dorang. Yang dorang tau nk enjoy enjoy enjoy. 

Kadang2 terasa takut tgk budak2 zaman sekarang punyer life. Kita dulu nk buat pape mesti pikir baik buruk dia, pikir nama baik mak ayah, pikir masa depan. Pendek kata nk buat pape panjang la pikir nya. Kalau budak2 zaman sekarang berterusan macam ni xtau la masa depan negara macam mana. Pemimpin macam mana yang akan ambil alih tampuk kepimpinan negara kan.

Aduh dah melalut jauh aku ni. Tapi xpe la at least menjadi ingatan untuk diri sendiri jugak. Villa Nabilla dekat Johor tu tetap akan menjadi misteri tapi jangan lah misterikan jugak masa depan sendiri. Wallahualam...


Friday, 11 October 2013

Yes, aku dah gemuk

Arghhh kusut...
Everyone yang jumpa ayat mesti lebih kurang macam ni "awat hang dah berisi siti, dulu (tahun 2008 / 2009) kecik ja".
Yes, that's the point BERISI akak GEMUKKKKK. Adoyai sejak keje Kowamas ni badan makin bertambah-tambah naik. Huhu bagus Kowamas ni bagi makan staff dia sampai semua comel2 kan.
I want to slim back. Nak pakai kebaya yang dah tersadai cantik je dalam almari. Baju2 kurung kebanyakannya semua dah jadi bahan pameran dalam almari. Bukak almari rasa sayu je hati. Huhu. Pakai kang x muat plak. Tak pn macam nangka berbalut plak. Aish. Kena work out ni untuk kurus.
Sekarang ni memang banyak giler produk-produk kurus kan. Semua jenis tak payah nak bersenam cuma telan je. Aish aku takut nak percaya benda2 macam tu. Baik work out jugak la kan. Takut kesan sampingan la kalau jenis makan n tak payah senaman ni.

Rasa-rasanya ok tak ek supplement dan macam2 lambakan ubat-ubatan untuk kurus tu ek. Nak kurus nak kurus nak kurus....

Thursday, 10 October 2013

Customer is always right

Customer is always right. Relevan kah hal ini. Adeh. Sesiapa yang bekerja di sektor kewangan mesti paham kan. Kalau bab duit ni nk cepat je n kita je lah yang salah. Ye kita tau itu duit dorang tapi semua yang dibuat kan melibatkan prosedur n kalau terlewat sedikit tu itu perkara biasa. Kami bukan kejam untuk tidak memulangkan duit customer. Tapi kadang2 kita pn leh naik angin bila customer bercakap dengan sangatlah "sopan santun". Tapi xpe la nama pn makan gaji kan. So tahan je la. But to all customer's kat luar sana please la tolak ansur. Kalau anda tolak ansur kami pun rasa memang nak tolong. 

However, not all customers la perangai macam ni. Yang ok memang seboleh mungkin kita akan tolong. Untuk customer semua kat luar sana saya nak anda tau KALAULAH SAYA ADA KUASA, SEMUA SAYA TOLONG. But i don't have all of that. So be patience ok.

Wednesday, 2 January 2013

chilis with love...



tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kebahagiaan, kegembiraan ketika bersama-sama dengannya. 27 Disember 2012 genaplah hubungan kami selama 3 tahun. masih terlalu panjang perjalanan hidup yang perlu kami tempuhi. semoga kami kuat dalam menjalani kehidupan kami kelak. sempena 3 tahun ulang tahun perkenalan kami, pada 31 Disember 2012 after keje kami ke chilis. just a simple celebration for both of us. bukan ape pn saje nk makan2. 

mmg suka sgt la tgk dia makan. kalau ikut perut ku yg kecik ni (cewah ayat cover. hik hik...) x abes pn makan tu. makan sampai muak. sampai tapau2 sb byk. huhu. tp yg penting kami happy sgt. i love u syg. sorry la kalau ada yg nk muntah....

2013

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kita masih lagi bernyawa. tahun 2013 ni masuklah ke dalam fasa baru kehidupan. aduh rasa macam tak bersedia lagi. rasa masih terlalu muda untuk melalui kehidupan 3 series ni. pape pn semua nya pasti akan dilalui kan. semoga ape yg diimpikan menjadi kenyataan dan semoga sentiasa berada di dalam redha ilahi..

Sunday, 30 December 2012

karok time

                                                                

al kisah nya hari ni ot la kat office sb keje banyak. pastu ada lak cadangan nk ke karaoke lepas keje. ok la kan utk release tension. so after 4pm kami bergerak la ke sunway pyramid. jalan raya ok la -lengang je- may be within 5 minutes sampai la ke sunway pyramid dari our office's yg located dkt kelana jaya. kt jalan raya x jammed tp yg jammed masa nk masuk n cari parking kt sunway. tp kami bernasib baik cari parking jap je terus dapat.

pastu ujan selebat2. jalan la ke redbox ikut luar bukan ikut dalam. ngok je kan dah la ujan. hehe tp ok la sb semua gelak2. release tension. lama jgk la kami kt dalam tu. nyanyi sampai suara serak. but we all enjoy la. layanan ok, makanan ok n service tip top. maybe next time leh la repeat lagi. oh ye before that mmg dah booking awal2. kalau walk in mmg susah la nk dpt sb hari ni saturday.

pape pn enjoyyyyyyyyyyyyyy...

                                                             

panas hati



huh...
sungguh menyakitkan hati kan bila org berjanji tapi tak menepatinya...
dah la x tepati alasan pn x bg n buat selamba je...
sakit je rasa hati ni...
pape pn sabar je la...
tapi kalau dah x tahan x tau la ape jadi...

Saturday, 29 December 2012

ish ish ish
x tau nk mula kat mana ni. dah lama sgt tinggal rasa mcm kaku lak...
padahal i like menulis...
cewah...
ayat x leh blah...

Saturday, 22 December 2012

Kini ku tau dia amat mencintaiku...

aku terlalu menyayangi insan yang bergelar tunangku...
setelah byk yg kami lalui kini ku tau dia amat mencintaiku...
aku berharap semoga perhubungan ini akan kekal selamanya...
aku sayang kamu SALLEHUDDIN RAMLI...
Ya Allah satukan hati kami dengan kasih sayang yang jitu...

Tuesday, 14 August 2012

Selamat Kembali

rasa nya sudah terlalu lama lah aku tinggalkan blog ni. ntah kenapa tetiba rasa nk ber-blog semula. walau pn x aktif kira ok la kot. tp mmg rasa kekok nk memulakan sesuatu semula.padahal bukan benda baru pn. welcome back hafyzah sallehuddin. terlalu byk yg nk diceritkan kat sini. mudah-mudahan aku x mudah lupa lagi...

Saturday, 20 November 2010

~DUGAAN DATANG LAGI~

lelaki adalah 1 makhluk yg complicated utk difahami. aku sendiri mmg x faham ngn peel lelaki. kadang2 berubah mengalahkan pompuan datang bulan. hari ni aku agak happy dan lega namun petang sedikit ada dugaan yg mendatang... perlukah ada makhluk2 perosak dalam sesebuah hubungan. aku sendiri tak faham. da la mmg budak, perangai lak tak matang langsung. adoi seb bek aku tak terikut2 perangai budak. hurm, ntah la.

pape pon aku pasrah and redha. terlalu banyak benda yg perlu aku fikirkan sampai tak termuat kat kotak fikiran aku ni. baru lega sket da datang musibah lain. kadang2 rasa mau give up tapi aku mmg kena kuat.

sabar lah wahai hati...

~ALHAMDULILLAH~

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana boleh dikatakan proses buang air dalam perut ibuku berjaya. aku temani dia sampai akhir. Alhamdulillah sgt x sakit dan x menderita ibuku. itu yg mampu membuatkan aku lega. mmg doc ziad azhari di melor sgt lemah lembut dan cekap buat kerja. aku tak pernah tgk klinik dalam kampung yg sangat maju dan mmg ramai pesakit yg berkunjung. rata2 bukan sahaja orang kampung tapi orang luar jugak. bagi aku klinik ni the best la and affordable.

setelah proses tersebut selesai dan Alhamdulillah perut ibuku dah kempis kami ke rumah anak bongsu mak (sue wan saniah). masing2 menjamu nasi kerabu hidangan kak ma. best la, terbaik dari ladang. aku terharu ngn semua orang yg datang ke klinik dan umah sue. semua adik beradik ibu ada dan ramai yg datang menjenguk. Alhamdulillah. sangat terharu.

dalam pada tu sempat lagi temankan along potong rambut dia yg separas punggung menjadi separas bahu. sayang nyer tapi dia nak camtu biar la kan.hihi. agak happy hari ni

Friday, 19 November 2010

~IBU~

perasaan gundah gulana melihat keadaan ibuku. ibuku tidak sesihat dahulu. tubuhnya hanya tinggal rangka. hurm,gugur airmataku melihat keadaan ibu. namun ape dayaku. aku perlu kuat di hadapan ibu walau hakikatnya hatiku amatlah rapuh. kadang2 x sanggup rasanya utk melihat keadaan ibuku yg dulunya sihat dan tabah orangnya. pemergian abah menambah lagi duka di hati ibu. bila berada di rumah, berat rasanya aku utk meninggalkan ibu utk ke mana2. dia tidak sihat seperti dlu.

ape yg aku paling sedih bila ibu sudah tidak lalu makan. luluh hati dan perasaanku. ibuku sekarang sudah tidak ke mana2. hanya duduk di rumah dan banyak termenung. tadi aku membasuh kain ibuku bertambah sedih hatiku. dulu ibu yg selalu membasuh pakaianku namun sekarang sehelai kain sendiri pon ibu tak mampu basuh. sedih pilu hatiku. berat hatiku utk meninggalkan ibuku di rumah utk bekerja. apatah aku bekerja di kl. namun aku perlu kuatkan semangat dan diri.

esok 20.11.2010 kami akan ke klinik utk membuang air yg membusung dalam perut ibuku. doakan semuanya selamat yer kalian. aku tak sanggup kehilangan utk kali kedua dalam masa yg singkat. kadang kala ku rasakan baik aku yg pergi dulu namun itu tentu menambahkan duka ibuku. apa2 pon aku kena kuat dan doakan yg terbaik utk ibuku. aku sangat sayangkan ibuku :(

Sunday, 14 November 2010

~ DEMAM OH DEMAM ~

adoyai aku demam. tu la niat di hati nak amek mc sgt. tup tup demam. tapi isnin aku kena keje sebab keje banyak n kalau biarkan cian kat orang lain nanti. da la demam, hati dan perasaan aku mmg tak tenteram. aku tak tau kenapa dan aku mmg xleh huraikan kenapa.

2 hari ni aku berkurung sahaja di bilik. rasa mmg x sedap badan dan tak sedap hati. tak sedap badan boleh makan ubat tapi kalau tak sedap hati ape mau buat???Ya Allah tenteramkan lah perasaan hamba-Mu ini. lately pon aku suka sangat pikir ngarut2 n kalau sorang2 atau sunyi mmg perasaan tu datang. kalau boleh aku tanak dok sorang2 n sunyi tapi ape boleh buat. atau da sampai masa untuk aku berteman :) hehe gediks la plak...

ape2 pon harap aku semakin sihat dan perasaan tak sedap hati ni terusir dari hatiku. aku mau jadi fyzah yg dulu. yg happy yang ceria bukan yg sekarang yg byk berpikir n byk senyap. tapi sedikit sebanyak kehilangan abah banyak mengubah hidupku. di tambah pula dengan keadaan kesihatan ibu yg tak menentu. harapan aku semoga semuanya akan kembali seperti sedia kala :(

~ MTEST ~

semalam 13.10.10 aku telah menghadiri ujian MTEST di SMK USJ 4 Subang Jaya. ramai sangat yg hadir ujian ni sampai penuh 1 sekolah. tempat yg tak pernah2 nk jammed tetiba jammed n kete parking sampai ke kawasan perumahan. aku rasa mcm soklan utk ujian MTEST ni sama je setiap tahun tp nape susah sangat nak lulus. rasanya boleh jawab. mungkin rezeki yg menentukan. lagi 1 kalau lelaki yg amek KPLI ni mmg senang sangat nak dapat. mungkin berlaku kekurangan guru lelaki kot.

1 lagi ape yg aku lihat, kebanyakan yg pergi berkereta besar n semua nampak mempunyai kerja yg best tapi nape still nk jadi cikgu ek. mungkin jawapan tu pon ada pada aku. ntah ler. harapnya MTest kali ni yg terakhir aku amek...hehe...mudah2an. rezeki hanya Allah yg tau kan.