![]() |
sekadar contoh |
Zaman sekarang semua benda negatif yg dibuat nak update dekat media sosial. Terutamanya budak2 remaja. Sedih plak bila tgk macam2 aktiviti negatif yg dorang kongsikan. Kalau aktiviti yg mendatangkan faedah xpe la semua org blh ambil iktibar, ni tak semua negatif pastu siap mencabar jabatan agama lagi. Adui adik2 sekarang berani sangat la. Walhal semua benda tu tak elok dipertontonkan. Pastu bangga plak tu dok tayang n canang buat benda tak elok.
Terbaru saya ada terlihat dalam fb yg seorang hamba Allah ni. Masih muda dan masih belajar dengan bangganya dok tayang gambar yg agak menjolok mata ngn bf (sah2 tak kawen lagi). Gambar tersebut undress plak. Senang kata lepas siap projek terus ambik gambar. Aduhai la. Org dah kawen pn x upload gambar macam tu. Bila ditegur marah2 org n cabar jabatan agama plak. Akal letak mana la ek.
Belum lagi yg post pasal kenegerian. Kalau baca sakit hati jugak la. Tapi sabar je la. Dorang ni x pikir perasaan org kot. Kalau kita sakit hati baca org komen negatif pasal negeri kita tentu org lain pn sama kn. So baik la x payah nk komen negatif sangat sampai menghina bagai. Semua ni penangan media sosial. Bila dh masing2 sakit hati mula lah nk bergaduh bagai. Dorang ni x pk ke yg semua duduk dalam negara Malaysia dan kebanyakannya beragama Islam. Jadi semua org bersaudara la kn. So nk komen tu pk2 la.
Kadang2 bkn salah media sosial pn tp sikap dan mentaliti diri sendiri yg menentukan baik buruknya penggunaan media sosial ni. So tepuk dada tanya iman...
No comments:
Post a Comment