Wednesday, 27 November 2013

AHMAD AMMAR AHMAD AZAM (SYAHID YG TERTANGGUH)

Rasa terpanggil pulak utk menulis pasal Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Baru je lepas borak2 ngn member pasal arwah. Bila teringat je pasal arwah dan baca kisah2 arwah memang laju je mata ni berair. Sebenarnya arwah memang tak dikenali semasa hayatnya namun setelah ketiadaannya, dia terus terkenal dan dikenali. Dan tanda ingatan yg ditinggalkan semuanya pasal kebaikan.

Ya Allah mana nak jumpa anak muda seperti arwah lagi. Umur baru 20 tahun tapi pemikiran dan segalanya memang melangkui orang yg berumur 50 tahun. Sangat bertuah ibu yang melahirkan arwah dan memang sangat membanggakan menjadi seorang ayah kepada seorang anak yg hebat. Tentu ibu dan ayahnya juga seorang yang hebat. 

Ketika remaja lain bersuka ria, merempit, bercinta sana sini, arwah senang mendalami ilmu, berjuang demi Islam dan bercita-cita untuk mati syahid. Kematiannya sgt dimuliakan. Rata-rata semua orang tau pasal kisah Ahmad Ammar ni. Ya Allah muliakanlah arwah dan tempatkan beliau di kalangan orang2 yang Engkau redhai. Semoga kita semua juga boleh menjadi seperti Ahmad Ammar. Walau pun bukan sebesar arwah, sekurang-kurangnya niat tu ada kan. Amin...

No comments:

Post a Comment