
Pada 21.02.2014 hari Jumaat, lebih kurang jam 6.30 petang aku telah diragut. Kejadian berlaku sekitar ofis aku. Memang tak sangka dan memang tekad peragut tu. Masa tu orang masih ramai dan bukan di tepi jalan tapi di dalam kawasan jalan kaki bangunan...
Masa berlaku aku berjalan nak balik ke rumah dari ofis. Sedang leka menelefon (selalu mmg x pakai sgt phone time berjalan sb mmg dh aware dan bimbang ngn kes ragut) tetiba je peragut tu ambil phone yang tengah ditekap di telinga dan terus blah. Terpegun seketika. Semua yang ada kat situ pn x sangka dan mereka sendiri tak sempat nak berbuat ape2...
Pelaku dengan beraninya melakukan jenayah seorang diri dengan menggunakan motosikal Yamaha 125. Selepas kejadian terus naik ke ofis balik dan block no dan tukar pswd beberapa akaun sosial. Memang sedih dan tak sangka. Menggigil gigil badan dan memang ambil masa utk cool down. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana hanya handphone yang diragut dan bukan handbag. Kalau handbag lagi panjang cerita...
Bila dah ok ajak sorang kawan teman ke Balai Polis Kelana Jaya untuk buat laporan. Rupa-rupanya memang kawasan ofis ni selalu berlaku kejadian ragut ni. Pihak polis berpesan supaya berhati-hati dan jangan bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.Hurm... Lepas tu ke Maxis utk hidupkan balik no. Memang menyusahkan orang peragut ni...
Dalam pada kena ragut kesannya mmg agak mendalam dan meninggalkan trauma dalam diri. Bukan x beringat tapi mungkin bukan rezeki. Kejadian ni makin buat aku muhasabah diri bahawa mcm mane pn kita syg dan jaga benda tu sekali Allah nak tarik mmg sekelip mata je.
Tapi serius mmg byk betul dugaan 2 3 bulan ni. Aku hanya mampu bersabar dan sesekali tidak aku tunjukkan kepada orang terdekat aku. Sabar seboleh mungkin kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan mane tau Allah nak gantikan dengan rezeki yang lebih melimpah ruah...
Kepada semua kawan2 terutamanya wanita. Berhati-hatilah sentiasa. Jika terkena juga yakinlah bahawa itu semua dugaan untuk kita...
No comments:
Post a Comment