Thursday, 28 November 2013

MENYESAL DAH TAK BERGUNA

Wah tajuk entry tak boleh blah. Hahaha. Macam ape dah. Padahal nk cerita pasal keje je. Aku memang suka kerja aku sekarang. Memang kena la dengan jiwa aku walau pun boleh dikatakan agak tough gak la. Tapi memang seronok. Tambah-tambah kalau kita dapat selesaikan satu perkaran dengan jayanya. Lagi2 dok bahagian accounts and collection ni. Memang mencabar abes la. Dengan daily report la, monthly report la n macam-macam lagi. Memang best.

Tapi ada sedikit penyesalan di hati. Huhu. Bukan menyesal keje kat Kowamas ni tapi menyesal tak ikut cakap cikgu masa tingkatan 3 dulu (cikgu, saya mintak maaf). Dulu masa kelas Ekonomi Rumah Tangga ada la masuk pasal basic account. Cikgu dah nampak kita nyer kelebihan dan cikgu suruh sambung bahagian akaun bila tingkatan 4 sebab dia cakap aku memang boleh jauh dalam bidang akaun. 

Tapi masa tu tak nak. Nak gak masuk sains bila tingkatan 4 sebab memang minat. Tambah-tambah kawan-kawan baik semua memang masuk sains sebab ikut result kami memang layak masuk sains. Akaun ni ada minat tapi xde la mendalam sangat macam sains. So masuk la sains. Bila tamat tingkatan 5 memang dah tak nak dah sambung form 6 dalam bidang sains sebab susah giler. Huhu. Ambik la ekonomi. Masuk u pun memang bidang management la.

Bila dah keje ni masuk lak bidang akaun n terlibat ngn pengiraan secara langsung. Memang perasaan menyesal tu makin lama makin mendalam la kan. Tapi semua tu dah tak boleh diundurkan masa la. Kalau boleh undur masa memang akan serius ambil akaun. Huhu. Best akaun ni walau pun pening.

Tapi x guna nak menyesal kan sebab cikgu dah bagi cadangan tapi kita tak nak ikut. Jadi kena la terima hakikat. N rasanya belum terlambat kan nk belajar. Insyaallah rasa nak sambung belajar tu memang ada. Mana tau suatu hari nanti sambung dalam bidang akaun kan. Lagi pun sekarang ni semua benda tu tak mustahil. So belajar lah sedikit sedikit dari sekarang kan. Ada rezeki akan dapat la belajar balik. Caiyok caiyok...

Wednesday, 27 November 2013

AHMAD AMMAR AHMAD AZAM (SYAHID YG TERTANGGUH)

Rasa terpanggil pulak utk menulis pasal Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Baru je lepas borak2 ngn member pasal arwah. Bila teringat je pasal arwah dan baca kisah2 arwah memang laju je mata ni berair. Sebenarnya arwah memang tak dikenali semasa hayatnya namun setelah ketiadaannya, dia terus terkenal dan dikenali. Dan tanda ingatan yg ditinggalkan semuanya pasal kebaikan.

Ya Allah mana nak jumpa anak muda seperti arwah lagi. Umur baru 20 tahun tapi pemikiran dan segalanya memang melangkui orang yg berumur 50 tahun. Sangat bertuah ibu yang melahirkan arwah dan memang sangat membanggakan menjadi seorang ayah kepada seorang anak yg hebat. Tentu ibu dan ayahnya juga seorang yang hebat. 

Ketika remaja lain bersuka ria, merempit, bercinta sana sini, arwah senang mendalami ilmu, berjuang demi Islam dan bercita-cita untuk mati syahid. Kematiannya sgt dimuliakan. Rata-rata semua orang tau pasal kisah Ahmad Ammar ni. Ya Allah muliakanlah arwah dan tempatkan beliau di kalangan orang2 yang Engkau redhai. Semoga kita semua juga boleh menjadi seperti Ahmad Ammar. Walau pun bukan sebesar arwah, sekurang-kurangnya niat tu ada kan. Amin...

Tuesday, 26 November 2013

Peranan Media Sosial

sekadar contoh 
Zaman sekarang ni memang zaman it, zaman gadget, zaman media sosial dan zaman macam-macam lagi lah. Bila dah namanya media sosial memang dah jadi zaman tanpa batasan lah. Semua benda tersebar dengan cepat. Kadang2 benda tu tak pasti pn kesahihannya. Ntah betul ntah tidak. Bila terbukti tak betul pelaku atau orang yang sebarkan rileks je atau kalau agak kritikal mintak maaf je la, terus settle. Senang kan buat dulu pastu mintak maaf. Pastu orang lupakan, then buat lagi. Senang.

Zaman sekarang semua benda negatif yg dibuat nak update dekat media sosial. Terutamanya budak2 remaja. Sedih plak bila tgk macam2 aktiviti negatif yg dorang kongsikan. Kalau aktiviti yg mendatangkan faedah xpe la semua org blh ambil iktibar, ni tak semua negatif pastu siap mencabar jabatan agama lagi. Adui adik2 sekarang berani sangat la. Walhal semua benda tu tak elok dipertontonkan. Pastu bangga plak tu dok tayang n canang buat benda tak elok. 

Terbaru saya ada terlihat dalam fb yg seorang hamba Allah ni. Masih muda dan masih belajar dengan bangganya dok tayang gambar yg agak menjolok mata ngn bf (sah2 tak kawen lagi). Gambar tersebut undress plak. Senang kata lepas siap projek terus ambik gambar. Aduhai la. Org dah kawen pn x upload gambar macam tu. Bila ditegur marah2 org n cabar jabatan agama plak. Akal letak mana la ek. 

Belum lagi yg post pasal kenegerian. Kalau baca sakit hati jugak la. Tapi sabar je la. Dorang ni x pikir perasaan org kot. Kalau kita sakit hati baca org komen negatif pasal negeri kita tentu org lain pn sama kn. So baik la x payah nk komen negatif sangat sampai menghina bagai. Semua ni penangan media sosial. Bila dh masing2 sakit hati mula lah nk bergaduh bagai. Dorang ni x pk ke yg semua duduk dalam negara Malaysia dan kebanyakannya beragama Islam. Jadi semua org bersaudara la kn. So nk komen tu pk2 la.

Kadang2 bkn salah media sosial pn tp sikap dan mentaliti diri sendiri yg menentukan baik buruknya penggunaan media sosial ni. So tepuk dada tanya iman...

Friday, 22 November 2013

VILLA NABILLA

Ish aku lambat n ketinggalan kete api nk update pasal Villa Nabilla ni kan. Benda ni dah reda dah n aku baru tehegeh-hegeh nk post kan. Xpe la at least ade post pasal ni. Sebenarnya aku bukan nk komen sgt pasal Villa berhantu tu tapi nk komen pasal perangai teenagers nowadays. Cewah macam pakar motivasi dah.

Remaja sekarang ni segala-galanya la advance dan extreme. Semua benda nak dicubanya. Kadang2 benda x masuk akal pn nk dicuba. Tengok Highland Towers terus cari tempat keras nak terjah. Adik2 semua tu x berfaedah la. Baik adik dok rumah belajar ke tolong mak ayah ke atau buat benda berfaedah. Tak payah la nak buat benda x de faedah.

Lagi satu budak2 sekarang ni kalau dah bercinta mmg mak aiiii takut aku tgk. Bukan ape mmg advance la tahap percintaan dorang tu. Kalau zaman aku dulu nk bercinta pun takut2. Bercinta pun pakai surat je. Nak dating ajak kawan teman pastu dok jauh2. Takde nya macam budak2 sekarang ni. Bercinta mengalahkan orang dah kawen.Kadang2 mereka ni mcm x pikir yang mak ayah ni bimbangkan dorang, sayangkan dorang. Yang dorang tau nk enjoy enjoy enjoy. 

Kadang2 terasa takut tgk budak2 zaman sekarang punyer life. Kita dulu nk buat pape mesti pikir baik buruk dia, pikir nama baik mak ayah, pikir masa depan. Pendek kata nk buat pape panjang la pikir nya. Kalau budak2 zaman sekarang berterusan macam ni xtau la masa depan negara macam mana. Pemimpin macam mana yang akan ambil alih tampuk kepimpinan negara kan.

Aduh dah melalut jauh aku ni. Tapi xpe la at least menjadi ingatan untuk diri sendiri jugak. Villa Nabilla dekat Johor tu tetap akan menjadi misteri tapi jangan lah misterikan jugak masa depan sendiri. Wallahualam...