Saturday, 20 November 2010

~DUGAAN DATANG LAGI~

lelaki adalah 1 makhluk yg complicated utk difahami. aku sendiri mmg x faham ngn peel lelaki. kadang2 berubah mengalahkan pompuan datang bulan. hari ni aku agak happy dan lega namun petang sedikit ada dugaan yg mendatang... perlukah ada makhluk2 perosak dalam sesebuah hubungan. aku sendiri tak faham. da la mmg budak, perangai lak tak matang langsung. adoi seb bek aku tak terikut2 perangai budak. hurm, ntah la.

pape pon aku pasrah and redha. terlalu banyak benda yg perlu aku fikirkan sampai tak termuat kat kotak fikiran aku ni. baru lega sket da datang musibah lain. kadang2 rasa mau give up tapi aku mmg kena kuat.

sabar lah wahai hati...

~ALHAMDULILLAH~

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana boleh dikatakan proses buang air dalam perut ibuku berjaya. aku temani dia sampai akhir. Alhamdulillah sgt x sakit dan x menderita ibuku. itu yg mampu membuatkan aku lega. mmg doc ziad azhari di melor sgt lemah lembut dan cekap buat kerja. aku tak pernah tgk klinik dalam kampung yg sangat maju dan mmg ramai pesakit yg berkunjung. rata2 bukan sahaja orang kampung tapi orang luar jugak. bagi aku klinik ni the best la and affordable.

setelah proses tersebut selesai dan Alhamdulillah perut ibuku dah kempis kami ke rumah anak bongsu mak (sue wan saniah). masing2 menjamu nasi kerabu hidangan kak ma. best la, terbaik dari ladang. aku terharu ngn semua orang yg datang ke klinik dan umah sue. semua adik beradik ibu ada dan ramai yg datang menjenguk. Alhamdulillah. sangat terharu.

dalam pada tu sempat lagi temankan along potong rambut dia yg separas punggung menjadi separas bahu. sayang nyer tapi dia nak camtu biar la kan.hihi. agak happy hari ni

Friday, 19 November 2010

~IBU~

perasaan gundah gulana melihat keadaan ibuku. ibuku tidak sesihat dahulu. tubuhnya hanya tinggal rangka. hurm,gugur airmataku melihat keadaan ibu. namun ape dayaku. aku perlu kuat di hadapan ibu walau hakikatnya hatiku amatlah rapuh. kadang2 x sanggup rasanya utk melihat keadaan ibuku yg dulunya sihat dan tabah orangnya. pemergian abah menambah lagi duka di hati ibu. bila berada di rumah, berat rasanya aku utk meninggalkan ibu utk ke mana2. dia tidak sihat seperti dlu.

ape yg aku paling sedih bila ibu sudah tidak lalu makan. luluh hati dan perasaanku. ibuku sekarang sudah tidak ke mana2. hanya duduk di rumah dan banyak termenung. tadi aku membasuh kain ibuku bertambah sedih hatiku. dulu ibu yg selalu membasuh pakaianku namun sekarang sehelai kain sendiri pon ibu tak mampu basuh. sedih pilu hatiku. berat hatiku utk meninggalkan ibuku di rumah utk bekerja. apatah aku bekerja di kl. namun aku perlu kuatkan semangat dan diri.

esok 20.11.2010 kami akan ke klinik utk membuang air yg membusung dalam perut ibuku. doakan semuanya selamat yer kalian. aku tak sanggup kehilangan utk kali kedua dalam masa yg singkat. kadang kala ku rasakan baik aku yg pergi dulu namun itu tentu menambahkan duka ibuku. apa2 pon aku kena kuat dan doakan yg terbaik utk ibuku. aku sangat sayangkan ibuku :(

Sunday, 14 November 2010

~ DEMAM OH DEMAM ~

adoyai aku demam. tu la niat di hati nak amek mc sgt. tup tup demam. tapi isnin aku kena keje sebab keje banyak n kalau biarkan cian kat orang lain nanti. da la demam, hati dan perasaan aku mmg tak tenteram. aku tak tau kenapa dan aku mmg xleh huraikan kenapa.

2 hari ni aku berkurung sahaja di bilik. rasa mmg x sedap badan dan tak sedap hati. tak sedap badan boleh makan ubat tapi kalau tak sedap hati ape mau buat???Ya Allah tenteramkan lah perasaan hamba-Mu ini. lately pon aku suka sangat pikir ngarut2 n kalau sorang2 atau sunyi mmg perasaan tu datang. kalau boleh aku tanak dok sorang2 n sunyi tapi ape boleh buat. atau da sampai masa untuk aku berteman :) hehe gediks la plak...

ape2 pon harap aku semakin sihat dan perasaan tak sedap hati ni terusir dari hatiku. aku mau jadi fyzah yg dulu. yg happy yang ceria bukan yg sekarang yg byk berpikir n byk senyap. tapi sedikit sebanyak kehilangan abah banyak mengubah hidupku. di tambah pula dengan keadaan kesihatan ibu yg tak menentu. harapan aku semoga semuanya akan kembali seperti sedia kala :(

~ MTEST ~

semalam 13.10.10 aku telah menghadiri ujian MTEST di SMK USJ 4 Subang Jaya. ramai sangat yg hadir ujian ni sampai penuh 1 sekolah. tempat yg tak pernah2 nk jammed tetiba jammed n kete parking sampai ke kawasan perumahan. aku rasa mcm soklan utk ujian MTEST ni sama je setiap tahun tp nape susah sangat nak lulus. rasanya boleh jawab. mungkin rezeki yg menentukan. lagi 1 kalau lelaki yg amek KPLI ni mmg senang sangat nak dapat. mungkin berlaku kekurangan guru lelaki kot.

1 lagi ape yg aku lihat, kebanyakan yg pergi berkereta besar n semua nampak mempunyai kerja yg best tapi nape still nk jadi cikgu ek. mungkin jawapan tu pon ada pada aku. ntah ler. harapnya MTest kali ni yg terakhir aku amek...hehe...mudah2an. rezeki hanya Allah yg tau kan.

Wednesday, 10 November 2010

~ 10.11.10 ~

cantik tarikh hari ni kan. hari yg cantik ni x secantik hatiku. byk benda yg berlaku hari ni. macam2 perasaan yg berkecamuk dlm hati. perasaan marah, benci, suka, sedih dan macam2 lagi bermain-main dalam hati. kalau ikutkan di office aku oke2 aje. walau pun kerja banyak namun ia bukan satu bebanan utk aku. malah aku tak terasa sgt masa yg berlalu lantaran kerja yg menimbun.

segalanya bermula bila aku balik rumah dan bukak facebook. macam mana tergerak hatiku utk melihat senarai kawan. dan dari sini aku terlihat seorang hamba Allah yg mencurigakan. setelah aku selidiki aku dah boleh buat keputusan. hurm, kenapa manusia ni perlu buat mcm tu. suka ambil tau hal orang tapi secara bersembunyi bukan terang-terangan. susah sangat ke nak jadi manusia yg ikhlas??? kenapa perlu berpura-pura dan hipokrit. utk org berkenaan maaf sy remove sy sebab sy tau awak pon mungkin digunakan oleh org lain utk kepentingan dia tanpa awak sedari tapi sy mmg terpaksa remove awak.

kenapa la ada lagi peristiwa2 yg boleh membuatkan tido malamku tak lena. aku bahagia dengan kawan-kawan ku namun ada saja yg tak boleh lihat aku senang. buat la ape korang nak sesuka hati korang dan berbahagia lah korang atas penderitaan orang lain. kadang2 terasa ingin lari dari semua ni namun aku bukanlah jenis orang yang takut utk menghadapi masalah.

sehingga entry ni ditulis aku merasa sedikit tenang. hope esok masih menjanjikan ketenangan utk aku...

Tuesday, 9 November 2010

~KEHILANGAN~

Pada 26hb Okt yg lepas aku telah kehilangan abahku yg tersayang. abah pergi meninggalkan kami semua dalam keadaan yg sihat. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan abah. urusan kami semua juga mudah. dari hal2 kematian kepada pengebumian dan sebagainya amatlah mudah. aku sebagai anak bongsu arwah sgt bersyukur dan semoga arwah abah ditempatkan bersama golongan yg diredhai Allah.

Masa sekarang aku amat bimbangkan keadaan kesihatan mak. mak tak berapa sihat. mmg x sihat sangat. ubat secara moden dan tradisional sudah diusahakan. namun kami tidak akan berputus asa. dan aku kerap balik ke kampung. selalu nya macam masa2 dahulu. kasih anak terhadap ibu bapanya tiada tandingan.

Ya Allah yang Ya Tuhanku, Engkau peliharalah kami anak beranak. Hanya kepada-Mu aku berserah. Amin

Thursday, 21 October 2010

SAKIT KEPALA + ANGIN

hari ni keje kat opis xde la banyak. tapi hal lain yg aku sibuk. kol 12 p amek keta kawan kat bengkel n bwk balik opis aku. sok nk pg pasang cermin keta.aku kena settle kan hal ni secepat mungkin. kalau tak aku x senang duduk. keta kawan aku kena langgar. nanti next entry kalau aku rajin aku citer la.

kuar p kl tengah hari buta paham2 la. cuaca mak ai panas giler. da la aku x sihat n sakit kepala. balik opis keadaan jadi makin teruk. seb bek keja aku x byk. mkn panadol n layan sakit kepala yg amat sangat. dlm masa yg sama aku rasa nk muntah. tp x muntah pon. angin dalam badan banyak. seksa betul. sape yg ada ubat tolong la aku. pastu aku makan tomyam plak, x ke teruk.

balik umah terus terlena kejap dek penangan ubat. sedar2 org azan. masyaAllah x baik betul la tapi aku bukan sengaja pon. pastu ber-fb n ber-blogging sampai pagi. selalu tido lambat padahal doc da pesan jgn tido lambat. baru dpt ubah kejap macam2 benda plak berlaku. harap lepas ni boleh ler tido awal.

tido la fyzah kang kena marah... ninite

Tuesday, 19 October 2010

SENYUM

senyum la cik fyzah. panggilan phone dan sms yg diterima membuatkan aku tersenyum bahagia. terima kasih Allah utk segalanya. harapan semoga apa yg dirasai ini kekal selamanya. namun begitu harapan tidaklah diletakkan setinggi gunung. cukup lah sekadar redha dan terima segala ketentuan Allah. semoga senyuman yg terukir sekarang adalah semanis senyuman seperti gambar di sebelah. hehehhehe...

malam ni hati berbunga riang. namun tidak lah terlalu gembira, takut musibah melanda. namun begitu keadaan ini menerbitkan damai di hati.

TERIMA KASIH

awk...
saya nk ucap terima kasih byk2 kat awk...
awk da byk merubah perjalanan hidup saya...
awk byk mengajar sy tentang erti kehidupan walau pun sy tau awk sendiri tak menyedarinya...
awk byk mengubah sikap saya dari teruk kepada agak baik sekarang...
apa2 yg sy lakukan semua akan sy fikirkan dahulu...

awk...
saya sekarang da tak macam dlu...
saya da byk bersabar,semua kerana awk...
ape jua yg awk lakukan sy akn cuba bersabar...
awk sendiri tak perasan akan perubahan sikap saya...
org lain pun x perasan...
tapi saya tau saya da banyak berubah....

awk...
terima kasih utk semua yg awk lakukan utk saya...
terima kasih utk air mata saya yg mengalir sebab awk...
terima kasih atas perubahan sikap saya...
ape yg pasti mmg saya banyak berubah...

awk...
yg pasti saya sayang awak...
:)

SYUKUR

Terima kasih Allah utk kesabaran ini. Aku sendiri merasakan perubahan dalam diriku. Banyak benda yg telah berubah. Yg paling nyata berubah adalah sikapku. Banyak benda yg telah berlaku dlm hidupku dan kebanyakan yg berlaku telah merubah hidupku. Aku lebih byk bersabar dlm menghadapi sesuatu perkara. Paling2 aku akn mengalirkan airmata (itu pun di belakang orang). Bilikku menjadi saksi kepada ape yg berlaku kepada diriku.

Aku juga lebih suka mendiamkan diri dari kecoh2. Ternyata sikap ini mampu menenangkan aku. Walau pun pada hakikatnya sakit utk dihadapi namun lama kelamaan aku akan tersenyum. Terima kasih Allah atas perubahan ini. Ternyata perubahan ini membuatkan aku lebih memahami fitrah manusia. Sehari dua ini aku tidak merasakan ketenangan namun Allah mengetahui segalanya. Aku bersyukur dan aku amat tenang bila mengingati Allah.

Walau pun aku bukanlah seorang hamba yg baik namun kasih sayang Allah sentiasa bersama ku dan aku sendiri mmg merasa kasih sayang-Nya.

THANKS ALLAH

Saturday, 16 October 2010

161010 DI BANTING


mengabadikan gambar bersama pengantin

Rentetan dari majlis pernikahan Apih n Lina. Hari ni 161010 merupakan hari persandingan Apih n Lina di Banting... So aku n Paih bergigih ke sana seawal pukul 12.00 tgh... Mak ai tengah panas giler, jauh gak la nak sampai... Tapi sebab kawan sampai gak kami ke sana. Aku n Paih 1 kereta n Faizsal n sepupu dia 1 kereta. So majlis Apih ni hanya aku, Paih n Faizsal je la yang hadir. Orang lain ada komitmen lain yg tak dapat dielakkan. Mungkin belah Apih nanti ramai la yg hadir.
aku yg x malu. hihi

semoga berbahagia selamanya




Kawan2 aku da ramai yg selesai ni,bila lak turn aku kan... Ramai dah yg tertanya2. Kita tunggu dan lihat je la. Ada jodoh tak ke mana kan. Di samping itu doakan la aku supaya cepat dapat jodoh. Hik hik hik

CERITA KAWEN


kawen yong

Kadang2 kan terasa sangat nak kawen. hehehehe. Normal ke ek perasaan ni. Sebab nak sangat rasa pakai cantik2,make up lawa2, naik pelamin indah,macam2 lagi la... Rasa mcm nk kawen sekarang gak. Tapi kalau pikir balik macam tak layak lagi la n yg pasti belum ada calon yg sesuaiiiiiiiiiiiii. Kak Yong tlg la cari sorang ko adik zah ni...huhu

perkahwinan cikgu mariani aka sepupu la

perkahwinan kawan lama - ilah


perkahwinan ermalisa (kowamas)


perkahwinan nor (uum - tourism managemant)

Ramai kawan2 sebaya n junior aku da kawen... Tapi utk aku belum sampai masanya. Sama2 la korang kat sana doakan ye. Tapi aku sendiri macam belum bersedia utk bercakap pasal kawen. Aku x pasti sama ada aku mampu utk menjalankan kehidupan sebagai seorang isteri, menjadi makan pakai suami, anak2 dan macam2 lagi. Hurm, entah la. Yg pasti mungkin belum jodoh aku kan...

Apa2 pon aku mmg happy n berbahagia dengan perkahwinan kawan2 baikku... Semoga kalian cepat dapat baby n boleh la berbesan kan.

CERITA KAWEN APIH + LINA ~101010~

lina n me on her wedding day



with the bride n groom


Selamat Pengantin Baru kepada kawan lama HAFIZ dan pasanganya LINA. Semoga ikatan perkahwinan korang diberkati Allah dan jauhi lah dari anasir2 luar yg mungkin akan datang mengganggu... hik hik.

kawan2 kecil dlu skang da kawen ek

Pagi ahad 101010 selamat la dorang diijabkabulkan di Banting, Selangor. Aku dan beberapa kawan bersama2 meluangkan masa utk majlis pernikahan itu. Majlis persandingan plak akan diadakan pada 161010 (sabtu). Insyaallah akan meluangkan masa...


lie,ila,hafiz,faiz,hafyzah

MACAM2 HAL


perlu fikirkan secara perlahan2 1 persatu

macam2 hal yang berlaku sepanjang aku tak ber-blogging ni...
rasa2 nyer mcm mood nk ber-blog kembali...
dengan keadaan internet yg agak oke kan...
nanti aku nk buat tutorial dengan kawan2 yg dah terer...
tapi aku perlu ubah diri aku dahulu kan...
kenapa orang lain yg ada lebih banyak komitmen boleh buat sedangkan aku tidak...
maafkan aku jikalau celoteh ini membuatkan orang tak suka, namun ape yg aku luahkan di blog ini harapnya mampu meredakan kegusaran n menjadi tempat luahan hati aku yg bisu...
hik hik...

aku tak tau nk mulakan dari mana...
macam terlalu banyak cerita yg ingin dikongsi supaya bebanan di dada reda sedikit...
tapi xpe aku akan mulakan perlahan2...

tak de tajuk

wah dah lama benar rasa nya aku x bukak blog aku ni...
dah bersawang rasanya...
aku hanya akan update blog ni bila aku rasa nak je...
kadang2 jeles gak ngn kawan2 yg amat rajin update blog...
tapi ape ada hal aku baca je la kawan2 nyer blog kan...

dlu yg buat aku malas nak update blog ni sebab internet lembab yg amat...
hope tempat baru ni line internet tak membuatkan aku menyampah la...
semoga tempat baru ni memberi aku hidup baru,nafas baru,azam baru dan semuanya baru...
Ya Allah restui la perubahan yang mungkin akan aku lakukan dalam hidup ku secara perlahan-lahan...
banyak benda yang boleh aku jadikan iktibar...

saje2 tempek gambar ni

Saturday, 19 June 2010

~Hari Sabtu Yang Suram~

yang ni pon sama da lama dalam draft...
benci...

hari ni hari sabtu...
tapi aku memang x kuar ke mana2 pon...
aku x sihat, badan aku lebam...
so, decide duk je kat umah...
housemate kuar ngn makcik n sepupu2 nyer...
tinggal la aku sensorang...
melayan facebook n blog...
melayan internet sampai boring...
boring nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
tapi x larat nk kuar...
adoi...

belek2 gambar kat folder, tetiba tertengok gmbr2 ni...
xpernah update ni...
layankn aje la...


~Cerita Kawen Yong~

Cerita ni da lama giler aku tulis tapi interneet lembab nk upload gambar so aku publish je la...
Nanti la aku tempek gambar...
Benci betul...

Pada 12.06 hari tu aku balik kampung untuk hadiri majlis perkahwinan Yong n Lie...
Banyak kenangan tersimpan antara kami...
Dan hanya kami yg mengetahui...
Pape hal pon aku da malas nak ingat...

Yong,
Selamat Pengantin Baru semoga kekal selamanya...
Semoga dapat menjadi isteri yang solehah dunia dan akhirat...
Semoga cepat menimang cahaya mata yg comel2...
Lupakan sejarah lama dan kita mulakan hidup baru...




~Tetiba Teringat~

Hurm...
Tetiba teringat nk makan benda ni...
Memang aku suka bangatttttttt makan ni...

Kalau aku turun sana memang aku akans sedaya upaya utk dapatkan makanan ni...
Hehe...
abc kg melayu majidee...sangat sedap


hurm...teringin sgt nak makan


bila nak dapat ni....

Sedap nyer.............

Nak makan la...
Bila nak p Johor lagi ni...
Rindu nyer kat Johor...
Aku pon x tau kenapa aku suka sangat ngn Johor...
Padahal xde pape yg menarik pon kat sana...
Kenangan yg menyedihkan aku byk la...
Tapi aku rasa tenang kalau ke sana...

~Hurm~

Hye kawan2...
Lama betul x jenguk saya punyer blog ni...
Da bersawang agaknyer...
Tapi bila datangnyer hari malas n malas nk update blog...
Abes la...

Aku pon da blurrrrrrrrrr nak mula dari mana...
Sebab da lama sangat x update...
Oh ya,hari ni merupakan hari pernikahan kawan sepersekolahan saya...
Walau pon x dpt attend majlis kamu Fizah nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA JUKI N ZU...
Semoga kekal selamanya....

Tuesday, 8 June 2010

~emooooooooooo~

Hari ni hari emosi sedunia...
Hari aku paling tension, paling boring, paling x suka...
Suka tak orang tetiba mcm anggap kita ni kekasih dia n kadang2 treat kita mcm awek dia???
Tak suka kan...
Itu lah yg terjadi pada aku...
Tapi mungkin saya je terperasan lebih [ayat nak sedapkan hati sendiri] n orang tu x pikir pape pon kn...

Aku ni susah nak marah, susah nak terasa n semua susah la...
Tapi yg teruk nyer sekali aku terasa mmg aku terasa giler2 n sekali aku marah mmg aku marah giler2...
Tapi kalau orang tu tegur aku insyaallah aku akan jadi oke semula...
Cuma aku agak sukar nak memaafkan orang...

Kadang2 aku ni terlalu beralah n terlalu menjaga hati orang namun hati sendiri tak terjaga...
Kepentingan diri aku tak jaga...
Semua dilakukan utk orang...
Perlukah aku lakukan sedemikian rupa...
Aku tak tau mengapa tapi mmg ini sikap aku dari dulu...
Aku seorang PENDENDAM tapi tidak suka membalas dendam...
Bagi aku benda tu semua tak perlu...
Kalau dia nak sedar, dia akan sedar sendiri...
Tak payah aku nk susah payah sedarkan dia...

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Kesimpulannya aku sangat tensen...

Monday, 7 June 2010

~Lagi2 Kenduri~

Hehe...
Tentu ada yg tertanya2 kenapa entry mcm tu kan...
Ala bukan ape,sejak 2 menjak ni ramai betul kawan2 kawen...
Start bulan 12 tahun lepas sampai sekarang n berterusan sampai bulan 10 ada aje majlis kawen n bertunang yg akan diadakan...
Hurm...
Tahniah ye kawan2....

sempat lagi masukkan gambar senirik...hehe

Aku plak bila???
Mungkin belum sampai jodoh aku...
Kalau ada jodoh tak ke mana kan kawan2...
Doakan lah yg terbaik utk aku...


Sabtu (050610) dalam kol 2.30 aku bertolak ke Johor Bahru utk menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan Fida n Khai...
Sempat sampai la sebelum dorang akad nikah...
Aku yg tgk ni plak naik nervous...

Hehehe...
Mcm mana la keadaan aku nanti ek...

[perasan lak]

ape ek perasaan Khai masa shake hand ngn tok kadi

Khai n Fida kawen malam n malam tu jugak diadakan malam berinai...
Kedua2 mempelai sama cantik sama padan...
Kami 1 office sebenarnya...
Majlis lak berjalan lancar je...


Siang ahad (060610) majlis persandingan mereka...
Wah wah wah, byk giler tol kena bayar...
Memang adat orang Johor cani ek...
Tapi best ler...
Majlis berjalan lancar...

Enjoy picta perkahwinan dorang...
Sgt smooth n clear...
Like dat very much...

amek berkat [sibuk je nk enterprem]

terasa debaran saat ini

setelah sah bergelar suami isteri

kami pada majlis pernikahan [da ada surat.hehehee]

malam berinai

sibuk je kamu cik siti ek

otw p umah pengantin pompuan

kenangan bersama pengantin lelaki

suka gambar ni.pengantin perempuan sangat cantik

Thursday, 3 June 2010

~Saya Suka Ini~

Ape yg saya suka ek...
Suspen je tajuk dia kan [tajuk ke???]...

Hihi...
Benda ni pon buat saya ketagih...

Kami kat office pon selalu gak order...


Haha ini la benda nyer...
Best tau makan ni...
Tengok post picta pon da abes isi nyer...

Menikmati nyer hingga menjilat jari...
Nak makannnnnnnnnnnnnnn ni la...
Kalau order sekarang [12.04am] suh anta kat umah, dorang anta x???
Kuang kuang kuang...

~Cuti Di Kampung~

Hurm...
Da lama cerita aku bercuti di kampung terbeku di dalam fikiran...
Malas nak update...
Bila mood menjelma abes la...
Jumaat cuti so Khamis tu da cabut balik...

Mak oi jammed...

Wesak Day hari tu [jummat - 280510] x ke mana2 juz kuar ngn kakak2 n anak2 buah aku...
Kami p jalan2 n ronda2 KB je...
Da lama x balik, byk betul perubahan yg ada...

anak buat yg sentiasa setia menemani ku - FITRI RASYA ELLYANNA...miss u sweetheart

Sabtu tu pulak aku p kenduri Nor di Kuala Terengganu...
Aku x biasa sangat kat Teganu...
Not so familiar n may be not so interested [padahal tak
sempat nak p], hehehehe...
Nor kawen ngn org Kelantan...
Lama sangat x jumpa Nor,so mcm speechless....
Apa2 pon Nor mmg berseri sgt hari tu...
U r so sparkling dear...

Enjoy the pic...


me wit pengantin yg da tukar baju

agak nye ape la yg kami borakkan...

Tuesday, 25 May 2010

~best~

Hihi...
Hari ni sangat best sebab tak sangka sampai umah awal...
Selalu malam hari baru sampai...
Hari ni sebelum kol 7 da sampai...
Pelik gak x jammed n sebagai nya...
Selalu nya KL jgn harap ler...

Bayangkan duduk kat Pandan Indah, Ampang n kerja kat Kelana Jaya, Petaling Jaya...
Tak ke jauh tu...
Tak pernah lagi ada yg cakap dekat...
Tu yg pelik sampai awal...
Hehe...
Rasa masa amat panjang...

Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy

Monday, 24 May 2010

~PUAN SITI~

Mesti ada yg tertanya2 kan sape tu Puan Siti...
She's my boss...
And the very perfect bos...
Nape tetiba bercakap sal dia ek?
Hehe,sebab aku kagum ngn dia...
Dia cukup sempurna sebagai seorang bos...

Dan sebagai seorang bos perempuan dia cukup disenangi...
Jarang ada bos perempuan yg disenangi kan...
Cuba la tanya kat mana2 pon...
Tapi dia tak...
Seorang yg cukup memahami, menjaga kebajikan staff, workaholic dan bagiku dia cukup sempurna...
Datang awl pagi n balik paling lewat...
This is my bos PUAN SITI SHAHARATULFAZZAH
Ape2 hal berkaitan staff n kerja dia akan ambil berat...
Mengadu la pasal pape pon, Insyaallah dia akan ambil tindakan...
Tak tak mudah menghukum seseorang...
Kerja2 di office sangat banyak dan bagiku Puan Siti memerlukan seorang pembantu tapi dia tegar melakukan seorang diri...

Puan Siti memang aku jadikan idola dalam kerja dan berharap suatu hari nanti dapat la kiranya menjadi sepertinya...

TAPI MAMPUKAH DAN LAYAKKAH AKU???


Sunday, 23 May 2010

~Cerita hari minggu~

Hari minggu aku tak der ler yg special sangat...
Sabtu tu aku pergi kenduri bertunang adik ipar Kak R kat Shah Alam...
Aku sgt ler tak expert kat Shah Alam, berpusing2 mencari...
Last2 jumpa gak...
G ngn Kak Liza n anak2 dia...
Hihi macam aku lak yang bertunang...Enjoy...Abaikan mukaku yg teruk itu
Balik umah lepak jerk...
Hajat di hati nk ke Ipoh tak kesampaian kerana kesihatan tak mengizinkan...
Ber-internet la sampai pagi...
Ahad pon kuar g Giant Batu Caves...
Tu pon sekejap je...
Sebab nak anta barang orang...
Ini lah cerita weekend saya yg tak berapa nak best...

~kenapa manusia kejam~

kawan2 saya nak tanya...
mengapa lelaki tak pernah cukup dengan sorang pompuan???
salah ke statement saya tu...
kalau salah saya mintak maaf k...
tapi banyak berlaku skang ni...
termasuk kepada diri sendiri...
hik hik...
tapi jgn salah sangka kerana aku bukan perampas...

Saturday, 22 May 2010

~Salam Perkenalan~

salam kawan2...
saya masih baru n rebung dalam ber-blog ni...
harap boleh diberikan tunjuk ajar...